Pihak pengurusan Hospital Besar Sahel yang terletak di Selatan Beirut menawarkan pihak media membuat lawatan dan liputan di kawasan hospital terbabit untuk membuktikan bahawa tiada wang tunai berjumlah jutaan dolar dan jongkong emas disimpan di dalam fasiliti kesihatan itu.
Berdasarkan laporan media antarabangsa, Israel sebelum ini turut menyerang hospital di Lubnan dan Gaza, dan membuat dakwaan kononnya hospital menjadi fasiliti operasi untuk musuh-musuhnya iaitu Hamas dan Hizbullah.
Bagaimanapun, negara haram Israel tidak mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong tuduhan mereka.
Aljazeera sebelum ini melaporkan Hospital Besar Saleh terpaksa memindahkan pesakit dan kakitangan mereka apabila Israel mendakwa hospital itu dijadikan sebagai kubu pertahanan Hizbullah yang dipenuhi wang tunai di fasiliti itu.
Tuduhan itu bagaimanapun dinafikan pengarah hospital terbabit. – Aljazeera
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI