Adakah kerajaan terlalu ego tidak mahu kembalikan GST? – BERJASA

Oleh: Tyah Helmi 

 

BANGI, Isnin – Adakah kerajaan pada ketika ini begitu ego tidak mahu mengembalikan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), soal BERJASA.

 

Dalam satu kenyataan parti itu mempersoalkan pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menyifatkan sistem percukaian GST sebagai baik dan sistematik namun hairan mengapa ia tidak dilaksanakan.

 

BERJASA berpandangan pemimpin kerajaan hari ini seolah-olah berasa malu untuk melaksanakan GST kerana membantahnya secara keras ketika ia dilaksanakan pentadbiran yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak.

 

“Jika mereka melaksanakan kembali GST, ia akan memberikan tamparan kepada mereka (kerajaan) 

 

“Ia kerana dahulu mereka membantahnya sedangkan terbukti GST adalah formula terbaik untuk ekonomi negara,” katanya seperti yang dipetik di Portal Gelombag Berjasa. 

 

Tambahnya lagi, pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilihat kurang telus dan harga barang menjadi lebih mahal tidak seperti GST. 

 

“Dengan SST, pengguna tidak dapat mengetahui jumlah cukai yang mereka bayar kerana ia dimasukkan ke dalam harga barangan atau perkhidmatan maka ia berbeza dengan GST yang telus dalam menunjukkan jumlah cukai,”

 

Dengan itu katanya, terdapat perbezaan yang amat jelas antara SST dan GST namun kerajaan masih bersikap sombong dan ego apabila secara terus mempertahankan SST. 

 

“Maka sudah jelas pemansuhan cukai GST adalah satu kesilapan yang besar untuk ekonomi negara hinggakan kerajaan terpaksa mengambil langkah yang tidak popular untuk meluaskan lagi perlaksanaan cukai yang lain,” 

 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Saya berikrar, suara ahli akademik tidak akan disekat lagi – Zambry

Next Post

Israel reka cerita, dakwa hospital di Beirut jadi kubu pertahanan Hizbullah

Related Posts