Oleh Wartawan TV Pertiwi
Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO mendakwa Datuk Seri Amir Hamzah Azizan terkhilaf dalam menafsirkan kadar hutang semasa kerajaan.
Isham Jalil berkata, kadar hutang kerajaan sebenarnya bertambah RM200 bilion sejak dua tahun lalu berbeza apa yang diungkapkan Menteri Kewangan Kedua itu.
“Hutang kerajaan pada 2018 RM686 billion. Hutang kerajaan sekarang RM1,173 billion.
“Non sahaja tambah dekat RM200 billion dalam dua tahun memerintah,” coretnya di Facebook miliknya hari ini merujuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isham berkata kenyataan Amir Hamzah itu mampu menggembirakan penyokong Anwar yang tidak dimaklumkan realiti sebenar.
Katanya, Amir Hamzah juga tidak lagi rasional selepas gagal menafsirkan kadar hutang semasa kerajaan.
“Dia kata pertambahan hutang sudah berkurang. Lalu penyokong-penyokong Non pun bersorak kata hutang kononnya sudah berkurang.
“Amir, bila hutang naik RM200 billion dari dua tahun lepas, itu bertambah bukan berkurang. Inilah jadinya bila kamu bergaul dengan geng Non, matematik pun boleh pusing,” katanya.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI