Yahya Sinwar syahid di medan perang

Ketua Biro Politik Hamas, Yahya Sinwar disahkan syahid di medan perang di Selatan Gaza, semalam.

 

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan bersama tentera negara haram itu dan perkhidmatan keselamatan dalaman Shin Bet.

 

“Pasukan Brigade 828 yang beroperasi di kawasan itu mengenal pasti dan menghapuskan tiga ‘pengganas’. Selepas proses pengecaman mayat, disahkan Sinwar sudah dihapuskan,” kata kenyataan itu seperti dipetik laporan media antarabangsa Aljazeera.

 

Menurut Aljazeera, kenyataan itu dikeluarkan oleh Menteri Luar Negeri Israel, Israel Katz.

 

Bagaimanapun, sehingga kini Hamas masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

 

Sejak malam tadi, dakwaan mengenai pembunuhan Sinwar tular di media sosial apabila gambar seorang lelaki yang menyerupai beliau ditemui dalam keadaan baring.

 

Susulan itu, ramai pengguna media sosial mengiktiraf Sinwar sebagai seorang pejuang sejati apabila memilih untuk mati di medan pertempuran bersama rakan seperjuangan berbanding menyorok di dalam ‘terowong’ seperti yang didakwa rejim Zionis. 

 

Sinwar pada awal Ogos lalu dilantik sebagai ketua politik kumpulan pejuang pembebasan Palestin itu menggantikan Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran selepas menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu Iran pada 31 Julai lepas.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pekerja kontraktor, anak saudara didakwa berpakat bersama bunuh Sabari

Next Post

Ujian air kencing, KPN gesa pantau polis gaya hidup mewah

Related Posts