Oleh : Nur Arrish
BANGI, Ahad – [ Kemas kini ] Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali, mengesahkan wanita yang muncul dalam video meminta maaf kepada rakyat Malaysia adalah wanita yang terbabit dalam kekecohan di Wisma Transit di ibu negara pada Rabu lalu.
Dalam satu kenyataan ringkas kepada Bernama pada Ahad, beliau berkata: “Ya, ini adalah wanita itu.”
“Maafkan saya, saya tidak berniat berbuat begitu!” itu yang dizahirkan oleh wanita Palestin yang dikatakan menimbulkan kekecohan pada Rabu lalu berharap rakyat Malaysia memahami situasinya yang ketika ini tidak dapat berhubung langsung dengan anaknya.
Dalam satu ucapan yang dikongsi dia yang dikenali sebagai Aminah Mohd Nafi’ Jamal Abd Rabbah berkata beliau meminta maaf dan kesal dengan apa yang berlaku.
Katanya beliau bukan sengaja berbuat demikian tapi keadaan memaksanya bertindak begiti tanpa dapat dikawal.
Video yang diterjemahkan oleh Tahreer Gh itu juga menampilkan wanita terbabit berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudah terbukti banyak membantu rakyat Palestin sebelum ini.
“Saya tidak buat dengan sengaja, kami sedang melalui keadaan yang amat sulit, hanya Allah yang tahu, saya seorang ibu kepada tiga syuhada, dan sudah tiga minggu tidak dapat menghubungi anak-anaknya yang masih di Gaza. Tidak tahu apa terjadi kepada mereka.
“Saya bersumpah kepada Allah, saya memohon maaf kepada kamu, apa yang ada lebih daripada apa yang kami dapat.”
Tambah beliau, rakyat Malaysia adalah orang yang baik dan terima kasih kerana menolong mereka.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#wanita #Palestin #maaf #terimakasihMalaysia