KHAMIS, 18 NOVEMBER – Forest City yang terletak di Johor Bahru telah disenarai sebagai Most Useless Megaprojects in the World oleh saluran YouTube Top Luxury.
Menurut Top Luxury, pada 14 November lalu, rakyat Malaysia tidak mampu untuk membeli pangsapuri itu kerana harga hartanah ditetapkan terlalu tinggi dan hanya sesuai untuk pasaran China.
Tambahnya, projek ini terlalu futuristik untuk dicapai malah mencabar dari segi politik untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.
Forest City merupakah hartanah serba mewah dan elit yang terletak di Mukim Gelang Patah, Johor dan mempunyai keluasan sehingga 1,370 hektar.
Pada tahun 2006, projek itu diletakkan di bawah China’s Belt and Road Initiative dan dijangka siap pada 2035 dengan kos sebanyak 100 bilion dolar Amerika;
…dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Razak dan diperkenan oleh Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail.
Menurut Top Luxury, projek ini dibiayai oleh China dan rakyat China mendapat kelebihan untuk memiliki sebahagian perumahan di Forest City.
Disebabkan itu, sebahagian nama jalan dan papan tanda ditulis di dalam bahasa Cina, manakala terdapat juga sekolah yang dibina di sekitar Forest City menawarkan kursus bahasa Mandarin.
Tambah saluran itu lagi, pada 2019 sahaja, hampir 80 peratus pemilik rumah di Forest City adalah mereka yang datang dari China.
Dalam pada itu, pandemik COVID-19 turut merencatkan pembangunan projek ini apabila pelabur mula menarik diri.
Difahamkan bahawa kurang dari 500 orang yang berpindah masuk ke Forest City, ia angka yang sangat rendah memandangkan Forest City dibina untuk memuatkan hampir 700,000 orang.
Selain Forest City, projek Interstate H3 di USA Hawaii, projek Ciudad Real Central Airport di Spain, projek Naypyidaw di Myanmar dan Yucca Mountain Nuclear Waste Repository turut memasuki senarai mega projek yang tidak bergu