Tun M dakwa Anwar elak perbicaraan guna alasan imuniti

BANGI, 13 ZULHIJJAH – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mengelak daripada dibicarakan di mahkamah dengan berselindung di sebalik dakwaan kekebalan yang kononnya diperuntukkan kepada jawatan itu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, tindakan Anwar memohon imuniti menunjukkan Perdana Menteri sedar kemungkinan dirinya akan didapati bersalah dalam kes yang dihadapinya.

“Kenapa cuba elak dari dibicara di mahkamah? Kerana Datuk Seri Anwar tahu dirinya akan didapati bersalah.

“Kalau tetap menang tentulah lebih baik jika mahkamah mendapati dirinya tidak bersalah. Kalau diberi immuniti berkenaan satu kes, tak akan kes lain tidak ‘immune’. Tentu ‘immune’ punya. Jadi Perdana Menteri boleh bunuh orang pun okaylah,” katanya.

Pada 23 Mei lalu, Anwar memohon Mahkamah Tinggi untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan, termasuk persoalan sama ada beliau mempunyai imuniti daripada saman sivil yang difailkan oleh bekas pembantunya, Muhammed Yusoff Rawther.

Namun, Mahkamah Tinggi menolak permohonan tersebut selepas mendapati persoalan undang-undang yang dibangkitkan tidak memenuhi ambang kontroversi yang mewajarkan ia dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata, pelaksanaan undang-undang di Malaysia dilihat tidak adil dan bersifat ‘pilih bulu’ apabila ada individu yang sudah disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi masih bebas tanpa dikenakan hukuman, dengan alasan menunggu keputusan rayuan.

“Bagi satu orang yang mahkamah tinggi sudah hukum salah, hukuman tidak dilaksana kerana konon menunggu keputusan rayuan (appeal). Apabila appeal court juga mendapati ia salah, masih juga hukuman tidak dilaksana,” katanya. 

Sebaliknya, beliau berkata, terdapat individu lain yang masih dalam siasatan sudah dikenakan pelbagai tindakan seperti ditahan berbulan-bulan, harta disita dan keluarga ditekan.

“Pendek kata sebelum pun didapati bersalah sudah dihukum, didera. Itu bagi orang lain.

“Jelaslah walaupun tertakluk kepada undang-undang yang sama tetapi pelaksanaan tidak sama. Memang benar dalam kes seperti membunuh atau mengedar dadah, yang dituduh boleh dimasuk dalam tahanan sementara siasatan dibuat. 

“Tetapi kerap juga kes yang tidak serius, dimasuk dalam tahanan juga. Kemudian di bebas tanpa sebab,” katanya. 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mahkamah benarkan permohonan Anwar tangguh perbicaraan saman sivil

Next Post

Tiba-tiba brek bas tak berfungsi – pemandu bas

Related Posts