Oleh: Wartawan TV Pertiwi
BANGI, Rabu – Sekutu rapat kumpulan pejuang H1zbullah iaitu Iran dilihat sudah mengorak langkah dengan melepaskan ratusan peluru berpandu balistik ke arah Isr4el pada lewat malam Selasa sebagai tanda tindak balas terhadap serangan Zi0nis yang dilakukan ke atas Lubnan.
Iran dilapor menggunakan peluru berpandu hipersonik, Fattah 1 yang dikatakan pertama kali digunakan untuk melancarkan serangan terhadap Isr4el.
Laporan media Isr4el memaklumkan sebanyak 100 peluru berpandu telah dilancarkan.
Menurut Agensi Anadolu, penggera amaran sudah mula didengari di tanah haram Isr4el sejurus peluru berpandu memasuki rentas sempadan mereka sehingga boleh didengari di Baitulmaqdis dan lembah Sungai Jordan.
Rakyat haram Isr4el dilaporkan sudah mula berkumpul di tempat perlindungan b0m.
Wartawan Reuters yang berada di lapangan berkata, beliau melihat peluru berpandu dipintas di ruang udara negara jiran di Jordan.
Sebelum ini, Isr4el telah mengumumkan bahawa serangan peluru berpandu balistik dari Iran dijangka akan berleluasa dan menasihatkan orang ramai untuk berlindung di bilik selamat sekiranya berlaku serangan.
Terdahulu, Iran berikrar untuk bertindak balas susulan serangan yang membunuh kepimpinan tertinggi H2zbullah iaitu Sayyed Hassan Nasrallah di Lubnan.
Sumber: Anadolu, Awani
#Iran #Lubnan
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi