Beri hak penduduk Palestin tentukan kebebasan sendiri, amaran Hamas pada Trump

GAZA, 27 Rejab – Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menolak keras cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza ke Mesir dan Jordan.

 

Hamas dalam satu kenyataan berkata, rakyat Palestin tidak akan tunduk kepada sebarang rancangan pemindahan paksa yang bertentangan dengan hak mereka sebagai penduduk asal.

 

Gerakan itu konsisten mengutuk tindakan tentera Zionis yang didakwa melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin, terutama di utara Gaza.

 

Hamas menegaskan, mereka akan terus berjuang untuk mempertahankan tanah mereka dan menentang sebarang usaha pemindahan atau pengusiran penduduk Palestin dari tanah air sendiri.

 

Susulan itu, Hamas menggesa pentadbiran Amerika Syarikat untuk menghentikan cadangan tersebut yang dilihat menyokong rancangan Zionis dan bertentangan dengan hak kebebasan rakyat Palestin.

 

Selain itu, mereka menyeru supaya tekanan diberikan kepada penjajah Israel untuk mempercepatkan pembinaan semula kawasan yang telah dimusnahkan akibat serangan tentera Israel ke atas Gaza, serta memulihkan kehidupan rakyat Palestin di sana.

 

Hamas juga mengajak negara-negara Arab dan Islam, khususnya Mesir dan Jordan, untuk menegaskan pendirian mereka dalam menolak cadangan pemindahan ini dan memberikan sokongan kepada rakyat Palestin. 

 

Ia sebagai usaha mereka menuntut kebebasan dan menubuhkan negara merdeka dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya. 

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi
https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/
https://t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Terima ancaman bunuh, Harith Iskander batal persembahan lawak

Next Post

VIDEO I Israel sekat ribuan rakyat Palestin yang mahu pulang ke utara Gaza

Related Posts