Oleh: Tyah Helmi
BANGI, Khamis – Ketika mana rejim haram Isr4el menceroboh ruang sempadan Lubnan, satu siri serangan maut turut berlaku di bandar Jabalia, Khan Younis, Selatan Semenanjung G4z4 hari ini.
Agensi berita WAFA melaporkan, sekurang-kurangnya seorang terbunuh akibat serangan jet pejuang Isr4el mengebom sebuah rumah di kawasan berkenaan manakala beberapa orang lagi cedera dan telah dipindahkan ke Kompleks Perubatan Nasser.
Lapor WAFA lagi, jumlah kematian turut tidak diketahui di serangan yang berdekatan di Timur Khan Younis yang turut mengakibatkan beberapa kecederaan ke atas orang awam di kawasan tersebut.
Dalam perkembangan yang sama, kem pelarian Jabalia di utara G4z4 turut disasarkan sebuah b0m oleh Isr4el Zi0nis yang turut membunuh seorang rakyat P4lestin dan sembilan lagi disahkan tercedera.
Dalam pada itu, beberapa orang turut tercedera apabila tentera Isr4el mengeb0m sebuah lagi rumah keluarga milik As-Sahhar di Bandar Jabalia.
Di kem pelarian Jabalia di utara Gaza, tentera Israel telah mengebom sebuah rumah di jalan al-Yafawiya, membunuh sekurang-kurangnya seorang dan mencederakan sembilan lagi, lapor Wafa.
Beberapa orang turut cedera apabila tentera Israel mengebom rumah keluarga al-Sahhar di bandar Jabalia.
Sumber: Al Jazeera
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#Jabalia #KhanYounis