MoU untuk dapat peruntukkan rakyat ialah rasuah, kata Tun Mahathir

Oleh Azzman Jamal

 

BANGI, Khamis – Syarat untuk mendapatkan peruntukkan wang untuk kawasan dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) adalah satu bentuk rasuah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan bahawa duit kerajaan bukan milik parti kerajaan, sebaliknya ia milik rakyat dan peruntukkan duit kepada wakil rakyat sepatutnya sama tidak kira mereka dari blok kerajaan atau pembangkang.

 

Sebagai contoh, Dr Mahathir menjelaskan, kerajaan dahulu tidak berkira untuk menyalurkan RM400 juta kepada Kelantan serta RM200 juta kepada Terengganu dan Kedah tanpa syarat walaupun negeri berkenaan tidak ditadbir oleh parti kerajaan Pusat.

 

“Perlembagaan Negara dan undang-undang memadai untuk negara menjadi stabil dan maju.

 

“Tidak ada keperluan memperkenal aturan peraturan di luar undang-undang (Extra Judcial) untuk kestabilan dan kemajuan negara.

 

“Hanya apabila PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) ambil alih tampok kerajaan, baharulah Extra Judicial aturan peraturan diperkenal dengan 3R (kaum, agama, raja) mulut rakyat ditutup. Ia bertentangan dengan demokrasi dan Perlembagaan,” katanya dalam ciapan di X hari ini.

 

Namun begitu, Dr Mahathir berkata, wakil rakyat terus bebas untuk bersuara dalam Dewan Rakyat yang mana 3R tidak menjadi halangan kepada mereka.

 

Justeru, dakwanya, aturan peraturan tambahan menerusi MoU itu diwujudkan kononnya untuk menstabilkan negara yang mana wakil rakyat juga tidak dapat sentuh 3R di dalam Dewan Rakyat.

 

“Walaupun MoU itu bertujuan untuk menghapus kebencian dan perkauman oleh wakil rakyat di Parlimen, tetapi yang jelas ialah kerajaan yang akan tafsir sesuatu ucapan itu berbau perkauman atau kebencian.

 

“Speaker juga tidak boleh larang wakil rakyat pembangkang. Mereka tidak dapat pertahan ucapan mereka,” ujarnya.

 

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, hanya rakyat yang layak mentafsir sama ada ucapan dibuat mempunyai unsur hasutan, perkauman atau kebencian dan bukannya kerajaan.

 

Tegasnya, penolakan pemimpin yang membenci atau bersikap perkauman ini boleh ditunjukkan menerusi pilihan raya.

 

“3R dan MoU sebenarnya bertujuan menutup mulut rakyat dan wakil mereka. Kerajaan boleh melakukan kezaliman dengan sewenang-wenangnya. Cuit duit kerajaan pun boleh. Tpi dalam PRU pun ‘okey’.

 

“Inilah yang dilakukan oleh kerajaan jika MoU ditandatangani oleh wakil rakyat pembangkang,” tambahnya sambil menggesa semua mempertahankan Perlembagaan dan menolak MoU serta 3R.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

 

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

 

#TVPertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel bom lagi Gaza, Bandar Jabalia, Khan Younis dibedil sengit

Next Post

“Tiada sekulit pun kelas ideologi komunis” – Puad pertahan kunjungan ke sekolah politik China

Related Posts