Teresa Kok enggan kempen sepentas dengan Dr Akmal

Ahli Parlimen Seputeh itu mengulas cadangan pihak tertentu agar menggabungkan mereka untuk berkempen atas pentas yang sama di Pilihan Raya Kecil Mahkota.

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkeras untuk tidak berkongsi pentas bersama Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh.

 

Teresa berkata keputusan itu dibuat atas saranan peguamnya agar proses saman ke atas Dr Muhammad Akmal tidak menjadi semakin rumit. 

 

“Saya ingin nyatakan bahawa saya tidak akan berkongsi sebarang pentas ceramah dengan Dr Akmal. Saya percaya keputusan ini demi kebaikan kempen pilihan raya.

 

“Peguam saya sudah mengeluarkan surat tuntutan sebagai memulakan kemungkinan saman terhadap Dr Akmal. 

 

“Peguamnya sudah berhubung dengan peguam saya berhubung perkara ini,” katanya kepada Malaysiakini.

 

Ahli Parlimen Seputeh itu mengulas cadangan pihak tertentu agar menggabungkan mereka untuk berkempen atas pentas yang sama di Pilihan Raya Kecil Mahkota.

 

Menteri Besar Johor semalam merayu pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota tidak mengundi Sabtu ini mengikut emosi. 

 

Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pengundi Cina tidak wajar terbawa-bawa sentimen yang dimainkan di media sosial yang boleh memberi kesan kepada kerajaan campuran. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

 

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

 

#TVPertiwi #PRKMahkota #TeresaKok #DrAkmal #pengundi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PAS selar Dr Akmal gelar Teresa Kok ‘Nyonya Tua’

Next Post

Yahya Sinwar syahid? Israel cari maklumat

Related Posts