Oleh Wartawan TV Pertiwi
BANGI, 1 Rejab — Ahli Parlimen PAS, Siti Mastura Muhammad berdepan hilang kelayakan ahli parlimen jika gagal membayar saman fitnah berjumlah RM825,000.
Peguam, Datuk Adnan Seman berkata berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, seseorang ahli parlimen boleh terlucut kelayakan jika didapati bankrap, lapor Berita Harian.
“Seseorang boleh diisytiharkan bankrap oleh mahkamah sekiranya gagal membayar jumlah penghakiman melebihi RM100,000.
“Ia seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 5 Akta Insolvensi 1967,” katanya.
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 4 Disember lalu memerintahkan Siti Mastura membayar ganti rugi berjumlah RM300,000 kepada pemimpin veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.
Manakala RM250,000 lagi kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan RM200,000 kepada Naib Pengerusi DAP Teresa Kok.
Tiga pemimpin DAP itu memfailkan saman selepas Siti Mastira dalam satu ceramah mendakwa mereka mempunyai kaitan dengan bekas pemimpin komunis Chin Peng.
Sementara itu, peguam SN Nair yang mewakili plaintif berkata mahkamah akan mendengar permohonan Siti Mastura untuk menangguhkan pembayaran pada 23 Januari ini.
Katanya, jika permohonan untuk menangguhkan pembayaran itu ditolak, Siti Mastura perlu membayar ganti rugi berkenaan pada hari itu juga.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI