
( Tiada tanda perhimpunan berlaku pada pagi tadi di KWSP, Kuala Lumpur/ sumber : TV Pertiwi)
JUMAAT, 31 DISEMBER – Ura-ura mengatakan pencarum KWSP akan berhimpun tanpa penganjur di Kompleks Pusat Beli Belah SOGO dan Bangunan KWSP melalui jemputan terbuka di media sosial.
Kru TV Pertiwi membuat tinjauan ke lokasi tersebut, di mana himpunan rakyat itu dinamakan ‘Perhimpunan Aman Solidariti Menuntut Wang KWSP RM10 ribu’ di hadapan Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Mengikut info yang disampaikan di media sosial, perhimpunan itu sepatutnya bermula di perkarangan kompleks membeli-belah Sogo.

(Hasil tinjauan yang dilakukan mendapati tiada sebarang tanda-tanda perhimpunan akan diadakan / sumber : TV Pertiwi)
Namun tinjauan kru TV Pertiwi di lokasi sehingga jam 11 pagi tadi, tidak kelihatan sebarang tanda-tanda perhimpunan di lokasi terbabit.
Yang ada hanyalah pihak polis dan trafik yang bersiap-siaga untuk memantau perhimpunan tersebut.
Bagaimanapun, khabarnya perhimpunan tersebut dijangka bermula pada jam tiga petang.