Oleh : Nur Arrish
BANGI, Khamis – Ahli Parlimen Eropah, Rima Hassan menuntut Kesatuan Eropah, EU, sekatan terhadap I5r43l kerana pelanggaran bersiri negara haram itu kepada undang-undang antarabangsa.
Rima dalam ucapannnya di Dewan Eu di Brussels, Belgium berkata I5r43l secara terang-terangan telah
“Penduduk Palestin telah menderita sejak Nakba berterusan hampir seabad.
“ Sejarah telah mengingatkan kita tentang tanggungjawab politik negara-negara Eropah dalam konflik ini. Di Gaza, pembunuhan beramai-ramai sedang berlaku, di Tebing Barat perjuangan kepada pembebasan adalah dilihat mustahil. “
Tambahnya, I5r43l telah secara terang menjadi rejim apartheid dan dinyatakan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa, ICC.
Justeru itu katanya, Parlimen EU perlu mengenakan sekatan senjata kepada I5r43l, menghentikan perjanjian Isr431- EU kerana syarat kemanusiaan.
Beliau juga mendedahkan selama empat dekad ahli keluarganya juga hidup sengsara.
“Pertanyaan saya sangat mudah: berapa banyak lagi generasi harus melaluinya, sehinggalah EU melakukan tanggungjawabnya?’’ – Sumber : X Sarah Wilkinson
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik: http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#TVPertiwi