7 Oktober cipta sejarah, 2000 aset IOF musnah, kata Abu Ubaidah

Tiga tahanan wanita yang dibebaskan Hamas semalam gembira kembali ke pangkuan keluarga.

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 20 Rejab — Jurucakap Briged Al-Qassam menyifatkan Taufan Al-Aqsa mencipta sejarah besar selepas ramai tentera penjajah Israel (IOF) berjaya dihapuskan. 

 

Abu Ubaidah berkata bukan sahaja ramai IOF dibunuh tetapi aset ketenteraan Israel juga berjaya dimusnahkan, lapor agensi berita Xinhua

 

“Kami berjaya menghancurkan teori Israel dan memaksa IOF mencari pelbagai alternatif.  

 

“Kami bersama pasukan pejuang lain akan memastikan komitmen penuh terhadap perjanjian gencatan senjata. 

 

“Bagaimanapun ia bergantung kepada tahap kepatuhan musuh,” katanya dalam satu sidang video semalam. 

 

Beliau berkata ketabahan rakyat Palestin mengharungi Taufan Al-Aqsa sejak 15 bulan lalu menggambarkan simbol dan maruah negara berdaulat. 

 

Katanya, umat Islam diseru terus memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dalam usaha membebaskan diri daripada cengkaman penjajah. 

 

Hamas semalam membebaskan tiga tahanan wanita pertama dalam membuka lebih banyak tahanan warga Palestin dibebaskan. 

 

Tiga wanita berkenaan adalah Emily Damari, 28, rakyat British-Israel, Doron Steinbrecher, 30, ahli veterinar dan Romi Gonen, 23, yang ditahan ketika Festival Muzik Nova pada 7 Oktober 2023. 

 

Berdasarkan perjanjian gencatan senjata, Hamas akan membebaskan tiga ke empat tahanan setiap minggu. 

 

Sebagai balasan, Israel akan membebaskan ratusan tahanan dari penjara dengan keutamaan diberikan kepada wanita dan kanak-kanak. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

https://t.me/tvpertiwi

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

296 tahanan penjara seumur hidup akan dibebaskan fasa pertama pertukaran tebusan

Next Post

Syarat tawaran turun 85 peratus, GDA hampir pasti miliki MAHB

Related Posts