Oleh : Nur Arrish
BANGI, Rabu – Kekurangan tentera darat I5r43l memaksa tentera laut negara haram itu menjalani latihan infantri untuk dikerah membantu pertempuran darat.
Laporan Kahn News dipetik sebagai berkata, tentera laut itu termasuklah tentera laut veteran yang akan ditempatkan di utara Gaz4 khususnya di Judea and Samaria.
Tindakan itu mendapat kebenaran Timbalan Ketua Staf, Amir Baram bagi mengatasi kekurangan tentera IOF ketika ini.
Ketumbukan tentera laut berkenaan adalah veteran tentera laut simpanan yang akan berkhidmat di bawah Divisyen 96, yang dinamakan sebagai Batalion Hilil Yaniv ke-14 susulan kematian tentera berkenaan di Samaria.
Sementara itu, laporan The Times of Israel pada Oktober lalu menyebut seramai 709 tentera Zionis maut, manakala 66 lagi anggota polisnya juga dibenam pejuang pada hari pertama perang.
Setakat ini tidak diketahui berapa jumlah sebenar yang maut, manakala kehilangan nyawa orang awam ialah seramai 1,200 orang termasuk rakyat Gaza yang dibedil sendiri oleh tentera mereka pada 7 Oktober lalu.
Sumber: Kahn News, Warfare Analysis
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#TVPertiwi #tentera #Gaza #IOF