Oleh Wartawan TV Pertiwi
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian P4le5t1n (UNRWA) melihat tiada alternatif bagi mereka untuk membantu penduduk di G4z4.
Ketuanya, Philippe Lazzarini berkata ia berikutan sekatan 15r43l terhadap UNRWA bagi menghulurkan bantuan memasuki G4z4, lapor AFP.
“Tiada pelan B. Dalam PBB, tiada agensi lain yang digerakkan untuk menghulurkan bantuan sama bukan sahaja kesihatan malah pendidikan kepada kanak-kanak.
“Jika kita bercakap tentang membawa masuk trak bantuan, pasti ada alternatif tetapi tidak kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan,” katanya kepada pemberita.
Lazzarini berkata PBB perlu bertegas menentang sekatan 15r43l yang diluluskan parlimen mereka pada bulan lalu sehingga hujung Januari.
Katanya, sekatan itu menyebabkan aktiviti UNRWA yang berpusat di 15r43l dan Timur Baitulmuqaddis terhalang untuk bantuan memasuki G4z4.
“Ini bermakna kami tidak dapat beroperasi di G4z4 dan keadaan di sana akan menjadi lebih berbahaya,” katanya.
Beliau menegaskan jika UNRWA menghentikan tanggungjawab yang selama ini dilakukan, maka ia akan diambil alih oleh 15r43l.
Katanya, situasi itu akan mengancam kakitangan UNRWA dengan mereka mungkin ditangkap, disiasat atau ditahan kerana menyertai organisasi itu.
Sekatan terhadap UNRWA tidak hanya dikutuk warga dunia malah sekutu mereka, Amerika Syarikat.
UNRWA menghulurkan bantuan kepada hampir 6,000 pelarian Palestin di G4z4, Tebing Barat, Lubnan, Jordan dan Syria.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI