Oleh Wartawan TV Pertiwi
Ketua Polis Petaling Jaya memaklumkan seorang pereka hiasan dalaman maut selepas ditikam kira-kira 20 kali dalam kejadian di pangsapuri di Bandar Sri Damansara malam kelmarin.
ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata pihaknya menerima laporan daripada jiran mangsa yang terdengar bunyi pergaduhan dan tidak melihat mangsa keluar dari rumah.
“Jumlah keseluruhan tikaman dianggarkan 20 dengan lima tikaman di sebelah rusuk kiri, enam tikaman di kepala dan sembilan tikaman di kedua-dua pergelangan tangan.
“Barangan mangsa seperti beg duit dan telefon bimbit disyaki dicuri. Jadi kita tidak menolak kemungkinan kes ini adalah pecah rumah menjadi samun hingga menyebabkan kematian.
“Suspek kes ini dipercayai juga tercedera semasa bergelut dengan mangsa,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA.
Shahrulnizam berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA. Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#TVPertiwi #jenayah #polis #PDRM