Oleh Wartawan TV Pertiwi
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersyukur pemimpin Sabah dan Sarawak menunjukkan nilai persahabatan yang baik dalam menuntut butiran Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Perdana Menteri berkata walau wujud keluhan dalam isu tertentu namun semuanya dibincangkan dengan baik melalui pemuakatan secara bersama.
“Walaupun saya akui ada masalah yang harus kita selesaikan tetapi saya bernasib baik kerana sebaik menjawat Perdana Menteri, dua sahabat saya menaruh keyakinan penuh.
“Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bermuafakat, bicara dengan terang, tegur dengan baik sebagai sahabat.
“[Mereka] mengeluh dan menuntut tetapi dalam semangat persahabatan untuk jayakan Malaysia, negara keramat kita,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA.
Anwar berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu malam tadi.
Katanya, pemimpin negeri lain diharapkan dapat mencontohi semangat yang ditunjukkan Sabah dan Sarawak dalam menyelesaikan isu berbangkit.
Dalam perkembangan sama, Anwar berkata kerajaan persekutuan akan bertungkus-lumus dalam menjayakan MA63 bersama Sabah dan Sarawak.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA. Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#TVPertiwi #HariMalaysia #AnwarIbrahim #Perdana Menteri