Zahid seru umat Islam contohi akhlak Nabi Muhammad

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan umat Islam agar mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW.

 

Timbalan Perdana Menteri itu berkata Nabi Muhammad wajar dijadikan ikutan dalam menghadapi perbezaan hidup bermasyarakat. 

 

“Saya mengajak seluruh rakyat Malaysia agar mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam menghadapi kerencaman dan perbezaan pandangan dalam masyarakat dan meletakkan kepentingan ummah melebihi kepentingan peribadi.

 

“Semoga sambutan Maulidur Rasul 1446 Hijrah pada tahun ini memberikan penghayatan mendalam kepada umat Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya. 

 

“Untuk ke arah mewujudkan cita-cita membangun Malaysia Madani yang diberkahi Allah,” katanya menerusi catatan di Facebook. 

 

Terdahulu, Presiden UMNO menghadiri majlis Malam Cinta Rasul yang diadakan di Dataran Putra di Putrajaya malam semalam.

 

Dalam catatan sama, Zahid menyeru rakyat Malaysia meneruskan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin yang terus dizalimi Israel. 

 

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus bersolidariti dan menyatakan sokongan bersama perjuangan rakyat Palestin menuntut keadilan. 

 

“Terus salurkan bantuan kepada mereka dengan apa jua cara yang termampu dilakukan,” katanya. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA. Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi 

 

#TVPertiwi #jiwamerdeka #ZahidHamidi #MaulidurRasul

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Maulidur Rasul 1446H : Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Next Post

Anwar hargai Sabah & Sarawak menuntut, mengeluh dalam suasana muafakat

Related Posts