Mahkamah tolak permohonan Syed Saddiq cabar henti peruntukan Parlimen Muar

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Selasa – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pengundi kawasannya untuk mendapatkan kebenaran mencabar keputusan kerajaan menarik balik peruntukan Persekutuan.

 

Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan itu selepas memutuskan ia dibuat melebihi tempoh masa yang ditetapkan.

 

Hakim berkata, mahkamah terikat dengan prinsip undang-undang melalui kes terdahulu bahawa perkara melibatkan dasar eksekutif bukan dalam ruang lingkup mahkamah untuk menentukannya.

 

Katanya, tiada peruntukan dalam Perlembagaan yang mengikat agensi kerajaan memperuntukkan dana kepada mana-mana Ahli Parlimen tanpa mengira sokongna mereka kepada kerajaan.

 

Pada 23 April lalu, Syed Saddiq dan tiga pengundi Muar memfailkan permohonan kebenaran kebenaran dengan menamakan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama dan kedua.

 

Mereka memohon perintah membatalkan keputusan memberhentikan atau membatalkan baki RM500,000 daripada jumlah RM1.7 juta yang sepatutnya disalurkan secara terus kepada akaun bank Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar bagi tujuan perbelanjaan untuk program kebajikan, kesejahteraan rakyat dan bencana. – Berita Harian

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MAIWP dakwa kutipan zakat belum cukup santuni asnaf, miskin tegar bandar

Next Post

PNB umum dividen ASB 5.75 sen seunit, terkukuh dalam tempoh 5 tahun

Related Posts