Bekas ADUN kecewa dua lelaki ditolak memeluk Islam

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang kecewa selepas hasrat dua lelaki yang mahu memeluk agama Islam ditolak jabatan agama Islam negeri. 

 

Zolkifly Md Lazim berkata dua lelaki berkenaan sanggup mengambil cuti dan menaiki motosikal dalam keadaan hujan semata-mata untuk memeluk agama Islam.

 

“Hajat mereka besar hendak masuk Islam. Sampai di kaunter pejabat pada jam 8.40 pagi mereka mula memohon kepada kakitangan di sana.

 

“Selepas soal jawab panjang, 11 pagi permohonan mereka ditolak. Sebab mereka didakwa tidak faham Islam. Mereka berdua sudah dua kali solat jemaah.

 

“Ikut-ikut sebab tidak tahu baca dan buat. Solat pertama Isyak di Masjid Sungai Puyu dan solat kedua Zohor di Masjid Perangin,” coretnya di Facebook semalam.

 

Bekas ADUN Telok Bahang itu berkata dua lelaki yang berusia 54 dan 60 tahun itu sangat kecewa apabila hajat mereka untuk memeluk Islam ditolak.

 

Katanya, dua lelaki berkenaan sudah dihukum oleh kakitangan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang apabila tidak diterima untuk menjadi saudara baharu.

 

“Mereka sangat kecewa. Mereka ditolak jadi Islam walau sudah ikut sembahyang dua kali. Akhirnya mereka dihukum tidak tahu Islam. Tidak boleh jadi Islam.

 

“Ini adalah keadaan Islam di Pulau Pinang. Mereka tidak diajak masuk Islam. Sebaliknya ditolak. Sudah ramai yang kecewa dan terus jauh daripada Islam.

 

“Ya Allah. Beri mereka hidayah. Buka hati mereka yang berkuasa atau Kau musnahkan mereka dan gantikan dengan yang bersama-Mu,” coretnya lagi.   

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA. Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Khidmat kontraktor dewan selera MRSM Taiping ditamatkan

Next Post

Polis sahkan 13 budak di rumah amal GISBH pernah diliwat

Related Posts