KHAMIS, 23 DISEMBER – ‘Pemimpin perlu turun awal’ . Itu yang sewajarnya berlaku terutama dalam membela nasib rakyat.
Demikian yang dinyatakan Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim yang turut meninjau keadaan banjir di kawasan kejiranan Taman Puteri Indah Labu Lanjut Sepang, hari ini.
Zamani Ibrahim, Presiden BERJASA berkata :
‘’…setiap Menteri mesti faham…menteri memberikan pertolongan bantu yang hebat…’
Ditanya mengenai kelembapan peranan pemimpin setempat, beliau berpendapat persediaan perlu dilakukan awal oleh pemimpin sebaliknya bukan tidak melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
Ujar beliau, bencana ini sering berlaku di Malaysia namun persediaan yang ada masih belum mencukupi oleh pemimpin.
‘’.. sebab ini bukan benda yang….apa persiapan yang perlu kita sediakan…’’
Dalam pada itu Zamani juga turut memaklumkan pasukan Berjasa di seluruh negara telah mula turun memberikan bantuan kepada mangsa yang terjejas semenjak sabtu lalu di sekitar selangor terutamanya Shah Alam dan kawasan terjejas teruk
Mengulas lanjut, pihak Berjasa akan memberikan bantuan mengikut keperluan agar bantuan yang diterima oleh mangsa banjir boleh dimanfaatkan sebaik mungkin dan tiada pertindihan bantuan.
Setakat ini lebih seribu sukarelawan Berjasa telah berkhidmat menyalurkan bantuan-bantuan di pelbagai negeri yang terjejas banjir.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Tv Pertiwi hari ini dalam misi membersihkan kejiranan yang terjejas.