Oleh : Nur Arrish
Presiden Turki Tayyip Erdogan menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam, OIC, mengadakan sidang kemuncak tergempar untuk membincangkan perang di Gaza dan apa yang disebutnya sebagai serangan Israel ke atas Baitulmaqdis.
Erdogan, yang menjadi pengkritik lantang I5r43l yang menentang pejuang H4m45 di Gaz4, menyeru negara-negara Islam pada hujung minggu untuk membentuk pakatan menentang apa yang disifatkannya sebagai “pengembangan” yang semakin meningkat dari Israel.
Lapor Reuters, Erdogan berkata Israel menyasarkan masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis sebagai sebahagian daripada usaha “pengembangan”nya.
“Baitulmaqdis dan masjid – yang dikenali oleh orang Yahudi sebagai Temple Mount – adalah “garis merah” Ankara,” tambahnya.
Pertubuhan Kerjasama Islam mempunyai 57 negara anggota dan mendakwa sebagai suara kolektif dunia Islam, namun Erdogan mempersoalkan ia bersikap tidak acuh dalam membicarakan mengenai nasib di Gaz4.
“Adalah satu yang tidak dapat difikirkan, OIC, yang tugasnya adalah untuk menjaga kepentingan Baitulmaqdis, untuk kekal acuh tak acuh terhadap serangan-serangan di Gaza. Adalah sangat mendesak untuk organisasi itu bersidang di peringkat kepimpinan tanpa kita hilang lebih banyak masa,” kata Erdogan.
Beliau juga sekali lagi berkata I5r43l mempunyai agenda yang bertujuan untuk menggabungkan sebahagian besar tanah di rantau Timur Tengah.
Terdahulu pada Ahad, Anadolu Agency melaporkan beliau mahu negara Islam membentuk pakatan menghadapi Isr43l.
“Satu-satunya langkah yang akan menghentikan keangkuhan Israel, penyamun Israel, dan keganasan negara Israel ialah pakatan negara-negara Islam,” katanya pada majlis persatuan sekolah-sekolah Islam dekat Istanbul Ahad lalu.
Erdogan berkata demikian bagi mengulas tindakan tentera I5r43l yang menembak mati seorang wanita Turki-Amerika yang mengambil bahagian dalam protes pada hari Jumaat membantah peluasan penempatan di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Kenapa perlu bayar lebih, IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA. Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#jiwamerdeka67 #TVPertiwi #Turkiye #freePalestine