Hamas selar video ramalan Trump bangunkan Gaza

Oleh Wartawan TV Pertiwi 

 

BANGI, 28 SYAABAN — Hamas menyelar video yang dimuatkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggambarkan konsep pembangunan semula Gaza.

 

Pemimpin kanannya, Bassem Naim berkata video berkenaan jelas menggambarkan Trump gagal memahami budaya dan kepentingan rakyat Gaza, lapor AFP. 

 

“Malang sekali, Trump sekali lagi mencadangkan idea dan penyelesaian yang sama sekali meminggirkan budaya dan kepentingan populasi asal,” katanya. 

 

Beliau mengulas video 33 saat di akaun media sosial Trump menggambarkan perubahan yang bakal berlaku di Gaza dengan banngunan pencakar langit dibina di pinggir pantai.

 

Video yang turut memaparkan hartawan Elon Musk dan Trump bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menunjukkan perubahan besar yang berlaku di Gaza.

 

Rakyat Gaza yang menonton video itu menentang idea Trump untuk membangunkan wilayah berkenaan dengan meminggirkan aspek kemanusiaan.

 

Peguam Manal Abu Seif, 23, berkata apa yang diperlukan Gaza kini adalah kebebasan untuk merentas wilayah selain peluang pekerjaan selepas usaha pembangunan semula. 

 

“Saya tahu Trump ini pelik dan akan melaksanakan apa yang dikatanya. Apa yang penting baginya adalah wang dan pelaburan. Tiada aspek kemanusiaan. 

 

“Gaza perlukan kebebasan, lintasan sempadan dan peluang pekerjaan. Bukannya taman permainan untuk pelancongan dan pelaburan,” katanya.

 

Seorang lagi rakyat Gaza yang menetap di Khan Yunis, Nasser Abu Hadaid, 60, berkata apa yang digambarkan Trump penuh dengan kepalsuan.

 

“Video berkenaan menunjukkan kurangnya kesedaran kebudayaan. Gaza tidak akan menjadi lokasi tumpuan pelancong seperti Itali dan Spanyol,” katanya. 

 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan kos pembangunan semula Gaza memakan belanja AS$53 bilion (RM235 bilion).

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

RUU Majlis Media regresif, MP PKR desak gugur Fasal 8

Next Post

Campur beras import, PAS kesal kerajaan terus tipu rakyat

Related Posts