Empat Tertimbus Lombong Arang Batu Runtuh Di Pakistan

( / sumber : ismaweb.net)
( Empat tertimbus lorong arang batu runtuh di Pakistan / sumber : TV Pertiwi)

ISNIN, 10 JANUARI – Sekurang-kurangnya dua terbunuh apabila lombong tempat mereka bekerja runtuh di Darra Adamkhel, Pakistan.

Sumber Penyelamat 1122 berkata, kejadian runtuhan yang berlaku akibat daripada hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Katanya, buat masa ini, empat buruh dikesan tertimbus dalam runtuhan berkenaan.

Bagaimanapun, tiga ditemukan dalam keadaan cedera, manakala seorang pelombong disahkan terkorban.

Mayat kini dipindahkan ke hospital Shiney Killay untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Bagaimanapun seorang lagi pelombong yang cedera disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, jurucakap pasukan penyelamat berkata, pihaknya akan terus melancarkan operasi pencarian berikutan ada lagi buruh yang dilaporkan hilang.

“Kita akan teruskan operasi mencari dan menyelamat dan kawalan keselamatan di kawasan terbabit diperketatkan,” katanya. – Agensi

-ismaweb.net

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Obor-obor Portuguese Man o’War Masih Beracun Walaupun Sudah Mati

Next Post

Taliban Tangkap Pensyarah Lantang Kritik Pentadbiran

Related Posts