Polis tahan lelaki rakam murid perempuan dalam bas

Pesuruhjaya Polis, M Kumar berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan kira-kira 3 pagi tadi di Simpang Renggam, Johor.

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Ketua Polis Johor memaklumkan pemandu bas yang membuat rakaman kanak-kanak perempuan di TikTok berjaya ditahan awal pagi ini.   

 

Pesuruhjaya Polis, M Kumar berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan kira-kira 3 pagi tadi di Simpang Renggam, Johor, lapor Malaysia Gazette.

 

“Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang yang membuat tangkapan itu merampas telefon bimbit yang digunakan.

 

“Pihak polis menerima laporan kejadian berkenaan dan menjalankan siasatan penularan rakaman video memaparkan kanak-kanak dalam bas dipandu seorang lelaki.

 

“Video berkenaan dimuat naik pemilik dan pengendali akaun TikTok Abang Bas. Hantaran tersebut masih wujud dan boleh diakses,” beliau dilaporkan berkata.

 

Kumar berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 15 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001.

 

Katanya, pihak polis meminta ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang berada dalam video itu tampil membuat laporan. 

 

Video lelaki berkenaan memandu sambil merakam murid sekolah perempuan yang didakwa diminatinya tular di media sosial.

 

Reaksi lelaki berkenaan tidak disenangi warga maya dan ibu bapa yang merasakan tidak selamat pemandu berkenaan bersama anak mereka.  

 

#TvPertiwi

 

Kenapa perlu bayar lebih, IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DENGAN KAMI Di TV Pertiwi.

 

Klik : http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Tiada siapa lagi tinggi dari undang-undang’ – Tengku Mahkota Pahang

Next Post

Mangsa tembak kerabat raja mahu tuntut bela, belum dapat kerja

Related Posts