Mohon bantuan cari ibu kandung anak angkat bagi urusan dokumentasi

Mohd Shahril Malek (tengah), memohon orang ramai bantu cari ibu kandung kepada anak angkatnya, Nur Najwa Natasya – Foto TVP/ Danish Alhedra

BANGI, Selasa – Seorang lelaki buntu apabila gagal mengesai ibu kandung kepada anak angkatnya berusia 12 tahun untuk membuat urusan dokumentasi bagi membolehkan remaja itu daftar masuk sekolah menengah untuk sesi 2025.

 

Mohd Shahril Malek, 55, berkata, dia menerima Nur Najwa Natasya pada 2012  daripada seorang wanita dikenali sebagai Apriyani di Hospital Kajang untuk dijadikan sebagai anak angkat, namun kini wanita itu tidak dapat dihubungi.

 

“Wanita itu gagal dihubungi selepas pulang ke negara asal. Dulu dia menetap bersama ibu angkatnya di rumah sewa di sini (Bangi), tetapi ibu angkatnya itu juga sudah berpindah.

 

“Tujuan kami ingin mencari wanita itu untuk mengesahkan kelahiran untuk buat kad pengenalan supaya Nur Najwa boleh masuk sekolah tahun depan,” katanya kepada TV Pertiwi, hari ini.

 

Justeru, Shahril memohon bantuan orang ramai yang mengenali ibu kandung kepada Nur Najwa untuk menghubungi beliau menerusi talian 011-7577 0985.

 

#TvPertiwi

 

Kenapa perlu bayar lebih, IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DENGAN KAMI Di TV Pertiwi.

 

Klik : http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Identiti negara terancam, ISMA desak kerajaan bertegas prinsip dasar kebudayaan

Next Post

Israel tingkatkan serangan di Gaza ketika kempen agih vaksin polio sedang dilaksana

Related Posts