Senator AS kecam rancangan Joe Biden jual senjata RM36 bilion ke Israel

WASHINGTON, 7 Rejab – Senator Amerika Syarikat (AS), Bernie Sanders mengkritik keputusan pentadbiran Presiden Joe Biden untuk meluluskan penjualan senjata bernilai AS$8 bilion (RM36 bilion) kepada Israel. 

 

“AS tidak sepatutnya menghantar lebih banyak bom kepada kerajaan ekstremis Benjamin Netanyahu, yang telah menyebabkan kematian 45,000 orang.

 

“Sehingga memusnahkan sistem perumahan, penjagaan kesihatan, dan pendidikan di Gaza; serta menyebabkan kebuluran dengan menghalang bantuan kemanusiaan,” tulis Sanders di platform media sosial X.

 

Beliau berikrar dan berjanji untuk melakukan sesuatu yang mampu bagi menghalang penjualan senjata ini.

 

Penghantaran senjata yang dirancang itu – yang memerlukan kelulusan Kongres – merangkumi AS$6.75 bilion peluru berpandu berpandu tepat dan bom kecil, AS$300 juta peluru artileri 155mm, AS$600 juta peluru berpandu Hellfire, dan AS$300 juta peluru berpandu udara Amraam, menurut laporan akhbar The Financial Times.

 

Sebelum ini, pada Ogos, AS turut meluluskan penjualan jet pejuang dan peralatan ketenteraan lain bernilai AS$20 bilion kepada Israel.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bekas pegawai kanan Israel bimbang generasi muda ramai sokong genosida

Next Post

Mohon ampun penuh, Zahid cemar imej Agong ke-16, kata Hassan

Related Posts