PAS Merancang Guna Logo Baharu Pada PRU15

KUALA LUMPUR, Jumaat – PAS bercadang tidak menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dan bulan purnama untuk calonnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perbincangan membabitkan jawatankuasa pimpinan tertinggi untuk menggunakan simbol baharu dan sesuai untuk kesemua calonnya bagi PRU akan datang.

“kita berbincang untuk nak ubah simbol, semua kita bincang dalam parti nak buat satu simbol yang baru yang sesuai”

TAN SRI ABDUL HADI AWANG / Presiden PAS

Sabtu lalu, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BERSATU dan PAS membuat keputusan untuk menggunakan logo PN pada PRU15 dan penggunaan logo PN sudah dipersetujui oleh Abdul Hadi.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, PAS tetap berpegang kepada PRU tidak akan diadakan sehingga tempoh mandat Parlimen berakhir pertengahan tahun depan.

Bagaimanapun, katanya, jika keadaan terdesak PRU boleh diadakan pada bila-bila masa.

Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/

Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/08/pola-kes-aktif-dijangka-meningkat-dalam-tempoh-1-2-minggu-pakar/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Varian Omicron Sub-Lineage BA.5 Di Malaysia Mungkin Sudah Merebak – Khairy

Next Post

ISMA Anjur Ibadat Korban

Related Posts