KUALA LUMPUR, Khamis – Lebih 110 negara sudah merekodkan peningkatan kes Covid-19 yang didorong oleh dua subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 termasuk Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Pakar Kesihatan Awam, Profesor Madya Dr. Malina Osman menjangkakan akan berlaku peningkatan kes aktif dalam tempoh terdekat pengesanan varian membimbangkan Omicron BA.4 dan BA.5.
Bagaimanapun katanya, impaknya tidak sebegitu teruk bagi mereka yang sudah melengkapkan perlindungan diri iaitu vaksin covid-19.
“…Saya jangkakan akan berlaku peningkatan dalam tempoh terdekat 1- 2 minggu akan datang, dan peningkatan kes aktif. Namun berdasarkan apa saya sebut tadi dengan adanya pemvaksinan dengan sejumlah yang besar, majoriti penduduk kita impak akibat sub-varian Omicron mungkin tidak begitu teruk seperti kita lalui masa badai Delta dan Omicron tahun ini. Dalam konteks itu apa kita perlu lihat setiap individu perlu menjaga SOP tidak leka dan ambil mudah dan ambil tumpuan kepada mereka yang mempunyai risio jangkitan dan tidaj boleh divaksin…”
PROF MADYA DR MALINA OSMAN / PAKAR KESIHATAN AWAM
Mengulas lanjut berkenaan sub varian BA.4 dan BA.5, Dr Malina berkata, bagi mereka yang pernah dijangkiti COVID-19 berkemungkinan untuk mendapat semula jangkitan subvarian berkenaan.
Namun, setiap individu berupaya untuk mencegah jangkitan dengan pertahanan imun yang disebabkan oleh vaksin atau perlindungan semula jadi.
Justeru itu, katanya, pengambilan vaksin covid-19 memberi memainkan peranan penting untuk melindungi seseorang daripada mendapat kesan jangkitan yang ketara.
Dalam pada itu, Dr. Malina berpandangan, kerajaan boleh mengekalkan langkah pencegahan sepertimana yang dilaksanakan ketika ini.
Namun, orang ramai perlu kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dan segera melaporkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) sekiranya dijangkiti wabak itu bagi memastikan penularan dapat dibendung dengan segera.
“…Saya berpendapatan apa yang dilakukan sekarang boleh diteruskan. tak perlu perinta kawalan pergerakan pada masa ini speerti mana yang saya sedia maklum, sejumlah majoriti kes yang dijagkiti adlaah ringan walaupun ada sebagian memerlukan rawaran hospital. Ada sedikit peningkatan ICU tapi tidak membimbangkan. Aktiviti ekonomi dan sosial boleh diteruskan tapi perlu berhati-hati bagi mengelak tularan dapat berlaku pantas.”
Dr. Malina berkata, bagi mereka yang mempunyai risiko jangkitan tinggi dinasihatkan untuk mendapatkan suntikan vaksin penggalak dos kedua dengan segera.
Terdahulu semalam, Menteri Kesihatan Khairu Jamaluddin memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak mengambil ringan jangkitan akibat wabak COVID-19 memandangkan dua subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 kini merebak dengan pantas.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/05/najib-zahid-dalang-ketidakstabilan-politik-negara-wan-saiful/