KUALA LUMPUR, Jumaat – Lima kes varian Omicron BA.5 dikesan sudah berada di Malaysia dan dicatatkan terdapat peningkatan sebanyak 31 peratus kes Covid-19 bagi tempoh 3 Julai hingga 7 Julai.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini mengingatkan rakyat Malaysia mengenai kemungkinan gelombang keempat COVID-19 melanda negara tidak lama lagi.
“Sehingga 30 Jun dan data ini kita sedang kemas kini terdapat 13 kes sub-lineage Omicron yang kita sedang pantau. Enam kes BA.2 12.1, lima kes BA.5 dan dua kes BA.5.2. Setakat ini tiada kes BA.4. Kes-kes ini adalah kes jujukan genom dibuat ke atas kes positif antara Mei dan Jun, jadi kemungkinan BA.5 sudah merebak dengan meluas di Malaysia.”
KHAIRY JAMALUDDIN / Menteri Kesihatan
Jelas Khairy, BA.5 merupakan sub-lineage utama yang menyebabkan peningkatan kes Covid-19 di seluruh dunia ketika ini.
Awal hari ini, media melaporkan jangkitan kes baharu Covid-19 melonjak kepada 4,020 kes pada Khamis berbanding 3,561 pada hari sebelumnya.
Disamping itu, Kementerian Kesihatan Malaysia turut menasihatkan orang ramai terutamanya individu dewasa yang belum mendapatkan dos penggalak untuk dapatkan segera.
Setakat ini, sekitar 30 peratus golongan dewasa masih belum mendapatkan dos penggalak.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/08/pola-kes-aktif-dijangka-meningkat-dalam-tempoh-1-2-minggu-pakar/