Siasat Ahli Politik Yang Mempunyai Hubungan BJP – PEMBELA

Kuala Lumpur – Ekoran kenyataan parti pemerintah negara India, Bharatiya Janata Party (BJP) yang menghina Nabi Muhammad SAW, Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mencadangkan agar kerajaan menyiasat serta kenal pasti pemimpin politik dan masyarakat Malaysia yang mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan ekstrimis India tersebut.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata tindakan terus juga perlu diambil terhadap mana-mana organisasi bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kaitan atau cenderung kepada ekstrimis India itu.

Menerusi hantaran di Facebook, Aminuddin berkata kerajaan harus mengkaji jumlah rakyat Malaysia atau segmen masyarakat mana yang sebenarnya menjadi simpatisan kepada ideologi kumpulan berkenaan.

Tambahnya, Islamofobia di Malaysia semakin meningkat dan pada waktu ini rakyat hanya menunggu masa untuk meletup jika ianya tidak ditangani dengan tegas.

Pautan Video : https://www.youtube.com/watch?v=6HzPz-XeLB8

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh dua ahli politik kanan BJP, parti pemerintah India – Nupur Sharma dan Navin Kumar Jindal terhadap Rasulullah SAW.

Beliau berkata, sejak BJP memerintah India, terdapat banyak peristiwa yang membangkitkan kemarahan apabila umat Islam di negara itu teruk diserang dalam pelbagai bentuk.

Terdahulu, pada Ahad parti BJP menggantung jurucakapnya, Nupur Sharma yang didakwa membuat kenyataan menghina Islam dan Rasulullah SAW dalam debat televisyen, sementara Naveen Jindal atas komennya di media sosial.

Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/09/sultan-selangor-cadang-menteri-agama-hadir-festival-bon-odori/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sultan Selangor Cadang Menteri Agama Hadir Festival Bon Odori

Next Post

Kenapa Perlu Terhegeh-Hegeh Sambut Bon Odori? – Ridhuan Tee

Related Posts