Shah Alam – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mencadangkan agar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, untuk hadir ke sambutan Bon Odori pada 16 Julai 2022 di Kompleks Sukan Negara, Shah Alam (Panasonic).
Baginda bertitah, ia bertujuan supaya Menteri Agama dapat memahami perbezaan di antara agama dan budaya.
“Apa saja bentuk budaya yang diamalkan oleh setiap masyarakat di dunia ini, sememangnya ada hubungkait dengan agama. Namun seiring peredaran zaman, amalan-amalan budaya ini tidak lagi menonjolkan ciri-ciri keagamaan,” – Titah Sultan Sharafuddin Idris Shah
Baginda mengingatkan pihak tertentu untuk tidak menggunakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membuat kenyataan yang mengelirukan dan tidak tepat serta boleh menjejaskan imej JAKIM.
Idris pada 6 Jun lalu menimbulkan kontroversi susulan nasihatnya supaya umat Islam tidak menyertai Festival Bon Odori yang akan berlangsung pada 16 Julai ini kerana didapati mempunyai unsur-unsur keagamaan lain.
Kenyataan Media Sultan Selangor : https://www.facebook.com/100064327463639/posts/pfbid0EtPFxxvBwBerQUgS8iQZDuEFyrMvmt85fsafsi2cXPondjnC6xeN9FTuSMmJFTujl/?d=n
Baginda bertitah, sambutan Bon Odori di Malaysia adalah lebih kepada festival kebudayaan yang mempamerkan budaya tradisonal rakyat Jepun khususnya tarian, persembahan gendang, perhiasan tanglung, pakaian dan makanan tradisi Jepun serta produk makanan tempatan, titah baginda menerusi hantaran di Facebook, Selangor Royal Office.
Baginda menggesa mereka agar tidak sewenang-wenangnya melabelkan sesuatu perkara itu negatif tanpa membuat kaji selidik yang mendalam. Mereka juga perlu berlaku adil dalam membuat apa jua kenyataan umum yang melibatkan keharmonian bermasyarakat.
Pautan Berita Berkaitan : https://tvpertiwi.com/2022/06/09/tarik-balik-poster-papar-imej-wanita-bertudung/