Kenapa Perlu Terhegeh-Hegeh Sambut Bon Odori? – Ridhuan Tee

Lecturer Ridhuan Tee Abdullah speaks during a special forum in Kuala Lumpur on April 25, 2015. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

Kuala Lumpur – Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengakui pelik melihat sikap segelintir umat Islam yang terhegeh-hegeh mahu menyertai program Festival Bon Odori yang dijadualkan berlangsung pada 16 Julai depan.

Katanya, lebih menyedihkan apabila ada yang sanggup mempertahankan perayaan itu dengan bersungguh-sungguh, sedangkan perayaan agama sendiri dibuat endah tak endah.

“Kenapa tidak timbul perayaan memisahkan kita? Kenapa orang Jepun begitu sedikit yang ada di sini kita terlalu obses? Sejak bila perayaan menyatukan kita?” soalnya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, beliau mempersoalkan sama ada hubungan diplomatik akan tergugat jika Festival Bon Odori tidak disambut.

Festival Bon Odori – yang sudah disambut di Jepun sejak 500 tahun lalu – menampilkan persembahan tarian dengan dikaitkan bagi menghormati semangat nenek moyang dalam perayaan Buddha Jepun.

Amalan Buddha-Confucian ini berkembang menjadi musim cuti di mana keluarga berkumpul di tempat kelahiran nenek moyang, melawat dan membersihkan kubur mereka.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menasihati umat Islam tidak menyertai sebarang aktiviti keagamaan yang tidak mempunyai kaitan dengan Islam terutama ‘Bon Odori’ yang berlangsung di Shah Alam pada 16 Julai ini.

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Siasat Ahli Politik Yang Mempunyai Hubungan BJP – PEMBELA

Next Post

Bekalan pasport cukup, kesesakan ekoran peningkatan mendadak

Related Posts