Bersatu Tidak Bertanding Di PRN Sarawak

(Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin)
(Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin)

ISNIN, 29 NOVEMBER – Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), mengesahkan parti itu tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, bulan depan.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata , ini bagi memberi laluan penuh kepada Gabungan Parti Sarawak GPS untuk bertanding di 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri PRN Sarawak, Disember ini.

Muhyiddin berkata, perkara itu diputuskan ketika perbincangan bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, yang juga Presiden GPS.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan BERSATU Bahagian Pagoh, di Dewan Serbaguna Lenga pada sabtu lalu.

Memetik Berita harian beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional PN mengulas lanjut tidak menolak kemungkinan GPS sedia bekerjasama dengan parti-parti komponen Perikatan Nasional PN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU-15) nanti.

Gabungan Parti Sarawak GPS semalam mengumumkan akan bertanding di semua 82 kawasan DUN Sarawak pada PRN itu. PRN Sarawak ditetapkan pada 18 Disember dengan penamaan calon ditetapkan pada 8 Disember manakala pengundian awal 14 Disember.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Individu Lengkap Vaksin Digalakkan Ambil Ujian Saringan

Next Post

Kos Haji Dijangka Meningkat Lebih 50 Peratus

Related Posts