ISNIN, 29 NOVEMBER – Kerajaan menjangkakan kos mengerjakan haji meningkat sehingga 50 peratus, berikutan Cukai Nilai Tambah VAT yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi naik 15 peratus, berbanding lima peratus sebelumnya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata ia dijangkakan membabitkan kos lebih RM30ribu berbanding sebelum ini RM23 ribu.
Ahmad Marzuk berkata, jumlah tepat yang akan diputuskan akan diketahui awal tahun hadapan sebelum dimaklumkan kepada bakal jemaah.
Jelas beliau, selain peningkatan VAT, kos turut meningkat disebabkan pelaksanaan prosedur operasi standard SOP yang baharu susulan pandemik COVID-19.
Datuk Ahmad Marzuk Shaary selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata :
“Sebagaimana kita tegaskan sebelum ini, Tabung Haji akan menanggung sebahagian daripada jumlah kos, namun kita belum putuskan berapa banyak yang akan ditanggung,”
Katanya, jika sebelum ini kos mengerjakan haji adalah RM2 ribu, namun hanya RM9,980 dikenakan kepada jemaah dan jumlah itu tidak pernah dinaikkan sejak 2011.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran membabitkan 18 keluarga di Jalan Gajah Mati, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Marzuk berkata, kuota jemaah haji juga akan diketahui awal tahun depan.