Sekadar Beri Bantuan Tidak Dapat Atasi Kemiskinan Rakyat – Tun M

NEW YORK, Sept 28 — Malaysian Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad speaking to the Malaysian media on Saturday, as he wraps up his visit to the United States for the 74th Session of the United Nations General Assembly (UNGA). — fotoBERNAMA (2019) COPY RIGHTS RESERVED

 

KUALA LUMPUR, Ahad – Mungkin dahulu cara mengatasi kemiskinan adalah dengan memberi bantuan tetapi bantuan yang diberikan pada masa kini dianggap tidak mampu membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kemiskinan tidak mungkin diatasi dengan subsidi dan bantuan sebaliknya adalah dengan produktiviti mereka yang miskin.

“Kemiskinan tidak mungkin diatasi dengan subsidi dan bantuan sebaliknya adalah dengan produktiviti mereka yang miskin. Justeru, cara si miskin menambah pendapatan perlu diperkenalkan kerajaan.”

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD / Bekas Perdana Menteri

Beliau berkata, kerajaan perlu perkenalkan cara-cara menambah pendapatan kepada golongan miskin dan mereka mesti menyambut baik cara-cara ini dan mengamalkannya.

Beliau berkata, sikap golongan miskin perlu diubah iaitu rasa tidak mampu, tidak boleh, tidak ada kemahiran dan tidak ada pengetahuan kepada semangat sanggup belajar untuk membuat sesuatu, bukan sahaja membuat kerja tetapi cara-cara, sikap dan tugas-tugas.

Dalam pada itu beliau turut berkata, Malaysia perlu mempunyai pelaburan berdaya saing tinggi dari dalam dan luar negara untuk memperkayakan negara, dalam usaha mengatasi isu kemiskinan yang membelenggu masyarakat.

Malah katanya, negara memerlukan infrastruktur dan pentadbiran yang cekap serta kerajaan tidak mengamalkan rasuah bagi keyakinan kepada pelabur untuk melabur di negara ini berbanding negara Asia Tenggara lain.

Beliau berkata demikian pada Forum Kemiskinan Rakyat Malaysia Pasca Pandemik anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) di Anjung Melayu, Kuala Lumpur hari ini.

Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi

Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/20/mtem-gesa-kerajaan-tangani-kemiskinan-pasca-pandemik/

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MTEM Gesa Kerajaan Tangani Kemiskinan Pasca Pandemik

Next Post

PAS Utamakan Penyatuan Ummah, Tolak Khemah Besar

Related Posts