KUALA LUMPUR, Ahad – Melalui kajian yang dijalankan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), 60 peratus rakyat di negara ini tiada daya tahan ekonomi sekiranya ditimpa kejutan seperti kenaikan kos sara hidup mendadak yang berlaku masa kini.
Sehubungan itu, Felo Kanan MTEM, Ahmad Yazid Othman menggesa kerajaan supaya perhalusi strategi yang ingin dilaksanakan supaya kemiskinan dapat ditangani pasca pandemik.
Beliau berkata, terdapat kategori “ekonomi mati” yang meliputi sehingga 5% daripada komuniti termiskin di dalam dan luar kawasan luar bandar di Malaysia.
Jelasnya, sekiranya perkara ini dibiarkan, ia akan menghimpit seluruh lapisan rakyat dan bakal menyumbang kepada penularan gejala sosial, kegiatan jenayah dan ketegangan hubungan antara kaum.
“Oleh itu kita menyarankan agar kerajaan segera melaksanakan langkah langkah khusus bagi menangani krisis ekonomi yang menyasarkan golongan B60. Antaranya ialah dengan meluaskan agihan serta menambah bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk merangkumi sehingga 5% masyarakat termiskin dan ia tidak terhad kepada golongan ‘miskin tegar’ semata-mata. Selain itu, inisiatif-inisiatif untuk melonjakkan ekonomi luar bandar juga harus diusahakan dengan menambah nilai perkhidmatan, menggunakan teknologi terkini menggalakkan penyelesaian luar kotak. Semua ini mampu dilaksanakan memandangkan kos pelaksanaan usaha-usaha tersebut hanya sekitar 20% daripada kos subsidi minyak umpamanya.”
-AHMAD YAZID OTHMAN / Felo Kanan MTEM
Sementera itu, Felo Kanan MTEM, Azlan Awang berkata sekiranya 60 hingga 70 peratus rakyat dalam kalangan golongan rentan, ia disebabkan dasar yang tidak berjaya dilakukan dan tidak dinafikan ada pihak yang cuba mengaut keuntungan sehingga berlaku ekonomi yang tidak seimbang.
“Dasar kita tidak betul bukan pada attitude orang miskin maknanya ekonomi yang kita pilih itu menyebabkan kemiskinan ini bukan kerana dia malas tidak. Dia adalah hasil system yang salah itu yang kita ken address short term, medium term, long term.”
-AZLAN AWANG / Felo Kanan MTEM
Beliau berkata demikian dalam majlis forum bertajuk “Kemiskinan Rakyat Malaysia Pasca Pademik” di Anjung Melayu, Kuala Lumpur.
Selain Azlan, ahli panel lain yang terlibat adalah Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, Ketua Pegawai Eksekutif Orphancare Foundation, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim dan Setiausaha Agung NUBE, J Solomon.
Dalam pada itu, pihak MTEM akan membawa intipati forum sebagai tuntutan dalam penganjuran Sidang Kemuncak Ekonomi Melayu 2022 yang bakal diadakan.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/20/tampil-semangat-patriotik-angkat-perjuangan-pahlawan-melayu/