‘Tak perlu bincang lagi pasal UEC’ – Dr Anuar

BANGI, 21 JAMADILAKHIR – Isu Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) tidak patut lagi dibincangkan kerana ia jelas melanggar Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan Akta Pendidikan 1996.

Timbalan Pengarah MINDA Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, sebab itu, pihak yang mahu mengiktiraf UEC hanya berani membuat desakan menerusi saluran politik dan tidak membuat semakan kehakiman di mahkamah.

“Sebab itu walaupun desakan mengiktiraf UEC telah bermula 50 tahun lalu iaitu sejak 1975, sampai sekarang tidak pernah pula mereka bawa tuntutan pengiktiraf UEC untuk semakan kehakiman di mahkamah.

“Mengapa mereka tak bawa sahaja ke mahkamah? Mengapa hanya nak jumpa dan bincang dengan YAB Perdana Menteri?

“Kalau tuntutan ini benar dan mereka yakin UEC memenuhi peruntukan Perlembagaan negara dan Akta Pendidikan, sudah lama kes UEC ini mereka bawa ke mahkamah,” katanya dalam hantara di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, sebab utama isu ini tidak dibawa ke mahkamah adalah kerana ia telah ‘ditakdirkan’ untuk kalah dan apabila perkara ini telah dibuktikan menerusi saluran kehakiman, maka usaha mengiktiraf UEC akan terkubur di negara ini.

Beliau berpandangan bahawa pihak yang menyokong UEC sebenarnya sedar terhadap realiti ini dan mendorong mereka menggunakan strategi lain iaitu secara rundingan senyap-senyap.

“Sebab itu, selama lebih 50 tahun sejak 1975, desakan mengiktiraf UEC hanya dilakukan melalui saluran politik.

“Strateginya desak-runding-senyap. Mana tahu, ada ketika bila parti kerajaan dalam situasi sokongan  rakyat yang lemah, desakan mereka menjadi.

“Sebab itu mereka tunggu masa yang sesuai. Biasanya setiap kali menjelang PRU. bermula tahun 1959 lagi desakan seperti ini telah bermula,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Anuar turut meluahkan rasa hairan apabila terdapat segelintir pemimpin yang membuka ruang untuk berbincang dan berunding untuk mengiktiraf UEC sedangkan ia tak ikut keluhuran Perlembagaan.

Malah, beliau turut menyarankan supaya Malaysia melihat pendekatan seperti negara jiran yang tidak mengiktiraf UEC sebagai kurikulum kebangsaan mereka.

“Adakah Singapura iktiraf UEC setara dengan kurikulum kebangsaan mereka? Adakah wujud sekolah persendirian di Singapura yang melaknsakan UEC setaraf dengan kurikulum kebangsaan Singapura?

“Adakah Indonesia, Thailand, Brunei, Filipina, Vietnam malah China iktiraf UEC setara dengan kurikulum kebangsaan negara mereka.

“Kerajaan mereka tidak pernah ikitraf UEC setara atau setaraf dengan kurikulum kebangsaan di negara mereka.

“Mereka hanya benarkan universiti-universiti mereka terima pelajar yang ada sijil UEC dari Malaysia sebab itu menjana pendapatan dari yuran pelajar antarabangsa untuk negara mereka,” tambah beliau.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Desakan iktiraf UEC perlihatkan sifat tamak, ibarat beri betis hendak paha

Next Post

Musim sejuk dedahkan penderitaan sebenar pelarian Gaza pasca genosid

Related Posts