Desakan iktiraf UEC perlihatkan sifat tamak, ibarat beri betis hendak paha

BANGI, 21 JAMADILAKHIR – Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong mengingatkan bahawa desakan untuk mengiktirafkan sijil Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) di Sekolah Menengah Persendirian Cina ibarat peribahasa ‘beri betis hendak paha’, yakni memperlihat sifat tamak.’

Beliau menegaskan bahawa pengiktirafan pendidikan aliran Cina sebagai institusi pendidikan kerajaan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina secara total dan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) secara separa bukan sahaja mencukupi, malah lebih daripada itu.

Prof Kok Seong memberi amaran bahawa pengiktirafan UEC boleh menjejaskan sistem pendidikan negara. 

“Dengan ini, sistem pendidikan kebangsaan kita bukan sahaja akan terjejas, juga sijil kita akan terkesan,” katanya, sambil menegaskan bahawa ia ibarat membuat pagar ampangan air, iaitu membenarkan pengiktirafan sijil lain yang bukan pun daripada sistem pendidikan kebangsaan kita.

Isu UEC kembali menjadi perdebatan apabila Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming, menyatakan partinya akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk meminta sijil itu diiktiraf. 

Atas dasar itu, Prof Kok Seong menyeru kerajaan untuk bersikap tegas dan berpendirian jelas. 

“Sesungguhnya, harus ada keberanian politik untuk kerajaan pusat menoktahkan isu ini untuk selama-lamanya, dengan menyatakan pendirian nasionalistik yang tiada kompromi dengan tegas sekali,” katanya.

Prof Teo turut menekankan bahawa sejak dahulu lagi, kerajaan pusat tiada hasrat mengiktirafkan sijil UEC kerana ia bukan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan, sebaliknya berstatus institusi pendidikan swasta sahaja, seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahagian 16. 

“Inilah pendekatan yang seharusnya diambil oleh kerajaan dengan tegasnya pada kali pertama isu ini dibangkitkan, dan bukannya dengan memberi harapan palsu dengan pelbagai cara,” katanya. 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan jangan tunduk ugutan DAP – Aminuddin

Next Post

‘Tak perlu bincang lagi pasal UEC’ – Dr Anuar

Related Posts