Pemuda UMNO gesa RCI siasat Fashion Valet, NAFAS

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Pemuda UMNO menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kerugian Khazanah Nasional dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). 

 

Ketuanya, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh berkata pihak yang bertanggungjawab perlu didakwa jika terbabit dalam kecurangan dana rakyat. 

 

“Untung rugi syarikat adalah perkara biasa, tetapi jika dana itu datangnya dari dana awam, maka satu siasatan yang telus perlu dilakukan dan dibentangkan kepada awam.

 

“Ia supaya dapat menjadi pengajaran pada masa akan datang. Maka kami cadangkan agar RCI dapat ditubuhkan untuk menyiasat dua perkara yang menjadi polemik negara ini. 

 

“Sama ada Fashion Valet atau pun NAFAS, jika ada salah laku yang wujud maka jangan biarkan waima seorang pun terlepas,” coretnya di laman Facebook miliknya hari ini. 

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu mengulas ketegasan Perdana Menteri yang menggesa siasatan telus atas kerugian Khazanah Nasional semalam. 

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata siasatan itu dialu-alukan maka ketegasan pihak berkuasa juga dituntut jika salah laku berlaku ketika zaman pemerintahannya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Geram, Anwar terfikir mahu ambil gaji Perdana Menteri

Next Post

Remaja maut cas telefon, menteri arah gantung operasi bas

Related Posts