ISNIN, 31 JANUARI – Seramai Dua Perpuluhan 576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daripada jumlah keseluruhan itu 22,536 orang merupakan pengundi awal melibatkan 10,958 anggota tentera dan pasangan, manakala 11,578 pula anggota polis dan pasangan mereka.
Menurut data yang diwartakan SPR pada 17 Januari lalu, jumlah pengundi tidak hadir luar negara adalah seramai 376 orang di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pengundi boleh membuat semakan awal melalui portal semakan daftar pemilih di portal rasmi SPR, aplikasi My SPR Semak dan Hotline SPR menerusi talian tertera.
Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi 18.
SPR dijangka mengumumkan tarikh PRN Johor selepas mengadakan mesyuarat khas pada Sembilan Februari ini.