MALBATT boleh serang balas tentera Israel demi mempertahankan diri – Menteri

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Dewan Rakyat

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Khamis – Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 di Lubnan boleh melakukan serangan balas terhadap tentera Israel sekiranya mereka diancam, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

 

Beliau berkata, serangan balas itu adalah berdasarkan garis panduan sebagai langkah perlindungan yang ditetapkan oleh Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).

 

“Jika berlaku serangan, dari segi langkah perlindungan yang ditetapkan, jika untuk mempertahankan diri memang boleh kita untuk membalas tembakan.

 

‘Tetapi kalau kita nak lakukan serangan ofensif, itu tidak dibenarkan kerana peranan dan tanggungjawab UNIFIL adalah sebagai pengaman,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz pada Sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

 

Sementara itu, Khaled berkata, emuaa pasukan MALBATT 850-11 yang berada di Lubnan berada dalam keadaan selamat dan tiada kemalangan atau kerosakan aset dilaporkan susulan ketegangan antara Hizbullah dan negara haram Israel.

 

Katanya,  pasukan UNIFIL termasuk pasukan MALBATT 850-11 yang beroperasi di Selatan Lubnan telah diarahkan untuk tidak melaksanakan operasi rondaan atau pergerakan logistik dan kekal di penempatan masing-masing.

 

“Mengambil kira keselamatan petugas, Markas UNIFIL telah mengaktifkan perlindungan di dalam kubu mengikut prosedur yang telah ditetapkan sehingga keadaan terkawal.

 

“Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus memantau situasi di Selatan Lubnan dan akan mengemaskini sebarang perkembangan melibatkan pasukan MALBATT 850-11,” katanya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mesir gesa pemimpin dunia bertindak tegas, hentikan serangan Israel ke Gaza segera

Next Post

Maksimum 16 jam, MCA tuntut sistem ‘on-call’ doktor lebih manusiawi

Related Posts