KKM beri kerjasama penuh kepada SPRM berhubung penahanan 3 doktor

Kenyataan Media KKM

BANGI, Rabu – Kementerian Kesihatan bersedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan tiga doktor awam baru-baru ini.

 

Dalam kenyataan media, KKM berkata, kementerian itu mengambil maklum berhubung penahanan tiga doktor itu kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kartel memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Pulau Pinang baru-baru ini.

 

“Kementerian itu tidak akan bertolak ansur dengan sebarang elemen penyelewengan kuasa oleh warga KKM serta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan perkhidmatan kesihatan awam sentiasa berada pada tahap terbaik,” katanya hari ini.

 

Menurut laporan media, dua daripada doktor itu difahamkan ditahan di Hospital Seberang Jaya manakala seorang lagi di Hospital Bukit Mertajam.

 

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia

 

#TvPertiwi

 

Kenapa perlu bayar lebih, IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DENGAN KAMI Di TV Pertiwi.

 

Klik : http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel tingkatkan serangan di Gaza ketika kempen agih vaksin polio sedang dilaksana

Next Post

SPRM tumpu bankrapkan pesalah rasuah

Related Posts