Syarat MM2H diperketat, permohonan perlu ikut syarat Jun 2024  

Oleh : Wartawan TV Pertiwi

 

 

BANGI, Rabu –  Susulan video tular mengenai faktor menarik warga asing menyertai Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), khususnya warga China, TV Pertiwi mendapatkan kembali maklumat syarat-syarat permohoanan bagi peserta MM2H yang telah diperkemaskan.

 

Sejak Jun tahun ini syarat permohonan MM2H terbahagi kepada tiga kategori, iaitu Platinum, Gold dan Silver berdasarkan kriteria dan syarat yang ditentukan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) seperti yang dipaparkan.

 

Syarat am bagi ketiga-tiga kategori itu ialah program ini yang terbuka kepada warga asing dari negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia, berusia 25 tahun hingga ke atas.

 

Semua permohonan sebagai peserta MM2H dibuat melalui Pusat Sehenti MM2H dan tempoh keberadaan di Malaysia sekurang-kurangnya mestilah 90 hari secara kumulatif dalam setahun.

 

Pemohon bagi kategori Platinum, harus mempunyai simpanan tetap berjumlah ASD$1 juta, kategori Gold pula mempunyai simpanan tetap berjumlah ASD$500,000 dan Silver pula sejumlah  ASD$150,000.

Kredit : FMT

 

Tempoh visa boleh diperbaharui ialah masing-masing 20 tahun, 15 tahun dan lima tahun bagi kategori terbabit selepas tempoh maksimum keahlian program tamat. 

 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing ketika mengumukan kategori terbaharu ini Jun lalu memberi jaminan peserta Peserta baharu Program MM2H tidak layak untuk memohon status penduduk tetap (PR).

 

 

Sekiranya syarat sebelum ini permohon perlu mempunyai aset cair, bernilai RM1.5 juta ringgit namun kini tidak perlu begitu juga dengan tidak perlu berpendapatan bulanan sebanyak RM40,000 seperti sebelumnya.

 

 

Namun, pemohon diwajibkan mandatori membeli hartanah masing-masing  bagi pemohon MM2H Platinum hartanah bernilai  minimum RM2juta, pemohon Silver membeli hartanah minimum RM1juta dan pemohon MM2H Silver pula perlu membeli hartanah bernilai minimum RM600,000.

 

Bermula pada Jun lalu juga MOTAC  telah mula memproses dan meluluskan Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan MM2H, dengan menggunakan syarat baharu berkenaan.

 

Syarikat pengendali pelancongan MM2H juga perlu mempunyai lesen dengan Kementerian mengikut Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

 

Portal MM2H.com MyExpat turut memaparkan syarat terbaharu permohonan itu yang mana ia menyatakan semua pemohon utama perlu memenuhi kriteria peribadi dan kewangan tertentu yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. 

 

Mereka dibenarkan membawa bersama pasangan dan anak yang belum berkahwin di bawah umur 21 tahun sebagai tanggungan. Pautannya ialah di: https://mm2h.co/

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

#TVPertiwi  #MyExpat #MM2H #syarat #pemohon 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel lebih berkuasa dari semua negara kuasa besar – Tun Mahathir

Next Post

Pertikai pelantikan MB, Sanusi mohon ampun kepada Sultan Selangor

Related Posts