Israel lebih berkuasa dari semua negara kuasa besar – Tun Mahathir

Oleh Azzman Jamal

 

BANGI, Rabu – Israel tidak mendengar sebarang nasihat atau amaran daripada sesiapa dan terus mencetuskan kekecohan di Timur Tengah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ini kerana pemimpin dunia termasuk negara-negara kuasa besar tidak akan berbuat apa-apa terhadap negara haram itu.

 

Justeru, Dr Mahathir ‘mencadangkan’ supaya pemimpin dunia pergi ke Israel dan merayu kepada Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu untuk meredakan keadaan.

 

“Israel telah mengebom dan melancarkan roket ke Lubnan dan membunuh 558 orang termasuk 50 kanak-kanak dalam sehari. Satu dunia berduka cita dan semua meminta supaya Israel meredakan keadaan. 

 

“Satu dunia bukan merayu Israel untuk melaksanakan gencatan senjata, tetapi cuma jangan bawa peperangan itu ke Lubnan, itu sahaja.

 

“Tetapi adakah Israel akan mendengar rayuan daripada negara kuasa besar? Kita semua tahu mereka tidak akan berbuat demikian,” katanya dalam ciapan di X hari ini.

 

Tambahnya, walaupun akan ada perbincangan dalam kalangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun sudah tentu Amerika Syarikat akan memveto sebarang keputusan yang dikemukakan. 

 

Justeru, Israel mungkin akan mengurangkan kadar pembunuhan sehingga 10%, apabila Netanyahu berada dalam ‘mood’ baik.

 

“Saya cadangkan pemimpin dunia pergi ke Israel, melutut dan merayu ke Netanyahu supaya redakan keadaan.

 

“Israel kini lagi berkuasa dari semua negara kuasa besar. Itulah hakikat dunia hari ini,” tambahnya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

 

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

 

#TVPertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MAHB sahkan kejadian lubang benam di Kompleks Bunga Raya KLIA

Next Post

Syarat MM2H diperketat, permohonan perlu ikut syarat Jun 2024  

Related Posts