Isham tidak sabar dengar peguam Bloomberg soal balas Azam

BANGI, 25 SYAABAN – Aktivis politik, Isham Jalil ‘menyokong’ tindakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, menyaman portal berita antarabangsa Bloomberg berhubung isu pegangan saham. 

Menurutnya, tindakan undang-undang itu bermakna Azam akan dipanggil ke mahkamah dan melalui prosiding soal jawab ketika perbicaraan.

“Saya sudah baca artikel Bloomberg itu. Sama ada mereka salah atau tidak, ia akan ditentukan oleh mahkamah.

“Namun, saya rasa ia akan mendatangkan banyak masalah kepada kamu (Azam), bukan kepada mereka (Bloomberg) apabila kamu pergi mahkamah nanti,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO memberitahu tidak sabar untuk mendengar peguam Bloomberg menyoal balas Azam di mahkamah. 

“Saranan saya kepada kamu, practice (berlatih) jawab soalan sebab kamu jawab soalan wartawan pun tak berapa lepas, saya tak boleh bayang macam mana bila kamu nak jawab soalan lawyer (peguam) Bloomberg di mahkamah kelak,” katanya.

Selain itu, katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin boleh disapina nanti.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM dilaporkan telah mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada Bloomberg, susulan laporan yang disifatkannya sebagai berunsur fitnah berkait dakwaan bahawa beliau memiliki jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan.

Melalui firma guaman, Tetuan Zain Megat & Murad yang mewakili beliau, tuntutan ganti rugi sebanyak RM100 juta dibuat atas dakwaan menjejaskan reputasi serta kedudukan profesional Azam.

Hasil semakan mendapati LOD itu dihantar ke pejabat Bloomberg di Amerika Syarikat dan negara ini.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Festival Muzikal Air: Jangan gadai identiti demi pelancongan

Next Post

Gesa batal Festival Muzikal Air, kembalilah kepada budaya kita

Related Posts