SKMM fail tindakan sivil terhadap saluran Edisi Siasat, Edisi Khas

BANGI, 22 ZULHIJJAH — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memfailkan tindakan sivil terhadap dua saluran di platform Telegram ‘Edisi Siasat’ dan ‘Edisi Khas’ atas dakwaan menyebarkan kandungan yang melanggar undang-undang dan menjejaskan ketenteraman awam.

Menurut SKMM, kandungan yang disebarkan oleh kedua-dua saluran itu melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Katanya, kandungan tersebut didapati berpotensi menghakis kepercayaan terhadap institusi awam negara serta mengganggu ketenteraman masyarakat.

“Tindakan ini merupakan yang pertama seumpamanya diambil terhadap penyedia platform media sosial, khususnya kerana Telegram merupakan pemegang lesen Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) [“ASP(C)”].

“Ia susulan kegagalan serius Telegram untuk menangani kandungan yang telah berulang kali dilaporkan kepada pihak mereka, walaupun pelbagai usaha rundingan dan kerjasama telah dilakukan oleh SKMM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Justeru, SKMM telah memohon perintah injunksi interim daripada Mahkamah Tinggi berikutan tahap pematuhan yang tidak memuaskan. 

Permohonan itu sebagai langkah terakhir bagi menghentikan penyebaran kandungan memudaratkan tersebut serta menghalang penerbitan semula kandungan-kandungan seumpamanya.

“Tindakan ini diambil demi memastikan kedaulatan undang-undang ditegakkan dan kepentingan awam terus dilindungi.

“Pihak Telegram akan diberikan ruang sewajarnya untuk mengemukakan pembelaan selaras dengan prinsip keadilan dan hak asasi,” katanya. 

Tambah SKMM, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sama untuk platform lain juga bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna terus terpelihara.

“SKMM sebagai badan kawal selia ingin mengingatkan bahawa semua penyedia platform media sosial bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan di ruang digital masing-masing.

“SKMM kekal komited dalam memastikan ruang digital negara kekal selamat, beretika dan selari dengan undang-undang,” katanya lagi. 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pandangan fatwa boleh dicabar tak tepat, peguam kanan bidas Sisters In Islam

Next Post

Apa nasib PADU menjelang rasionalisasi subsidi RON95?

Related Posts